Cari:
Rusia Akan Bincang Terlibat dalam Usaha Membanteras IS  
2015-09-19 17:16:48 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Rusia akan membahaskan tindakan membanteras kumpulan militan IS dalam rangka kerjasama bilateral Rusia-Syria sekiranya mendapat permintaan dari pemimpin Syria.

Demikian dinyatakan oleh Setiausaha Penerangan Presiden Rusia, Dmitri Peskov dalam sidang media semalam.

Ketika menyebut sama ada Rusia bersetuju terlibat dalam tindakan ketenteraan di Syria atau tidak, Peskov berkata, jika pihak Syria mempunyai permintaan berkenaan, Rusia dan Syria tentu akan mengadakan perbincangan dan pembahasan mengenai perkara tersebut.

Sebelum ini, Menteri Luar Syria, Walid Muallem ketika diwawancara oleh media berkata, jika perlu, kerajaan Syria mungkin akan meminta pasukan tentera Rusia melibatkan diri dalam usaha membanteras keganasan.  

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China