Media dari dalam dan luar negara memberikan tumpuan yang besar terhadap lawatan Presiden Xi ke AS kali ini. Menurut taklimat, keselamatan siber, isu Laut China Selatan, dan perubahan iklim menjadi topik perbincangan utama dalam agenda lawatan Xi kali ini.
Profesor Wang Gungwu dari Universiti Kebangsaan Singapura (UNS) berpendapat bahawa pendirian AS yang memihak negara-negara lain dalam isu Laut China Selatan memperlihatkan AS bimbang akan pembangunan kekuatan maritim China, namun inilah tanggapan yang salah. Kedua-dua negara ini harus meningkatkan kesalingpercayaan dan memikirkan masalah dari perspektif pihak lain.
Beliau berkata,
"China membangunkan tentera laut untuk menjaga kepentingan sendiri, sebaliknya bukan untuk kekuatan pertahanan maritim. Pada pendapat saya, tentera luat China tidak menjadi ancaman bagi AS. Sekiranya China dan AS mempunyai kebimbangan dalam bidang keselamatan negara, maka hubungan antara kedua-dua kuasa besar itu mustahil sama rata. Hal ini memerlukan kedua-dua negara meningkatkan kesalingpercayaan."
Isu Laut China Selatan hanyalah sebahagian dalam percanggahan pendapat antara China dengan AS. Profesor Robert O.Keohane dari Universiti Princeton AS berpendapat bahawa kebangkitan China mengakibatkan pola dunia berubah. Sekiranya China dan AS dapat bersama-sama menangani situasi semasa yang baharu, hal ini akan memberi manfaat kepada kerjasama bilateral.
Sebagai negara membangun terbesar dan negara maju terbesar di dunia, kerjasama antara China dan AS juga memberi pengaruh yang mendalam bagi pembangunan dunia.
Robert O.Keohane juga berpendapat, mewujudkan situasi menang-menang merupakan satu-satunya pilihan bagi perkembangan hubungan China dengan AS pada masa depan. Beliau berkata,
"Kedua-dua negara boleh menjalankan kerjasama melalui rundingan. Percanggahan pendapat sentiasa wujud berikutan keperluan kepentingan yang berlainan. Jadi, yang paling penting ialah bagaimana menerima percanggahan, mencari kepentingan utama antara satu sama lain agar mencapai kerjasama berasaskan kepentingan utama pihak-pihak terlibat. Manakala, kepentingan yang kurang penting perlu diketepikan dalam rundingan berkenaan."
Sempena lawatan Presiden Xi ke AS, O.Keohane menyatakan bahawa China dan AS diharap dapat mencapai hasil yang konkrit dalam isu-isu utama.
Beliau berkata,
"Hubungan China-AS amat penting bagi kedua-dua kuasa besar ini. China dan AS patut mengembangkan hubungan bilateral ke arah yang lebih stabil dan positif, khususnya meredakan situasi tegang dalam isu ketenteraan."
Dekan Kolej Hubungan Antarabangsa Universiti Peking, profesor Jia Qingguo menyatakan bahawa China dan AS mempunyai potensi kerjasama dalam bidang keselamatan siber, ekonomi global, dan mengelakkan kesilapan membuat pertimbangan dalam bidang ketenteraan. Jika konsensus spesifik dapat dicapai, ini akan membantu perkembangan hubungan kedua-dua negara pada masa hadapan.