Cari:
Kertas Putih Pembangunan Wanita China
2015-09-22 13:46:53 CRI Cetak
Pejabat Penerangan Dewan Negara China hari ini mengeluarkan Kertas Putih Kesamarataan Gender dan Pembangunan Wanita China, yang menunjukkan prestasi negara membangun terbesar di dunia ini dalam kedua-dua bidang berkenaan.

Dimaklumkan, kertas putih tersebut yang mengandungi kira-kira 11 ribu patah perkataan secara terperinci menggunakan sejumlah besar fakta dan data, yang memaparkan pencapaian cemerlang China dalam mewujudkan kesamarataan gender dan menggalakkan pembangunan golongan wanita daripada beberapa aspek, antaranya termasuklah wanita dengan ekonomi, pendidikan, kesihatan, persekitaran, dan sebagainya.

Kertas putih tersebut juga dikeluarkan dalam pelbagai edisi bahasa asing, seperti bahasa Inggeris, Perancis, Rusia, Jerman, Sepanyol, Arab dan Jepun.

Penerbitan kertas putih itu bersempena dengan ulang tahun ke-20 pelaksanaan dasar negara mengenai kesamarataan lelaki dan wanita.  

     

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China