Cari:
Xi Jinping Berucap pada Sidang Kemuncak Wanita Global
2015-09-28 13:22:14 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping mengemukakan cadangan empat perkara mengenai pembangunan dan hak kaum wanita, dalam Mesyuarat Pemimpin Global tentang Kesaksamaan Gender dan Hak Wanita, di ibu pejabat Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) semalam.

Beliau ketika menyampaikan ucapan yang bertajuk "Menggalakkan Pembangunan Wanita Secara Menyeluruh, Bersama-sama Membina dan Berkongsi Dunia yang Indah", menjelaskan pandangan China dalam usaha menggalakkan pembangunan wanita dan cara untuk meningkatkan kerjasama antarabangsa.

Xi berkata, sempena ulang tahun ke-70 penubuhan PBB dan ulang tahun ke-20 Persidangan Wanita Dunia Ke-4 di Beijing, penganjuran mesyuarat pemimpin kali ini sangat bermakna.

Xi mengemukakan cadangan empat perkara.

Pertama, menggalakkan pembangunan wanita selaras dengan pembangunan ekonomi dan masyarakat.

Kedua, menjamin hak dan kepentingan golongan wanita dari segi undang-undang.

Ketiga, membina kebudayaan yang harmoni dan bertoleransi, membasmi semua keganasan yang menyasarkan golongan wanita.

Keempat, mencipta persekitaran global yang kondusif demi pembangunan wanita.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China