Cari:
Ekonomi China Tetap Penjana Utama Pertumbuhan Ekonomi Dunia
2015-09-30 16:06:59 CRI Cetak

Akhbar Renmin Ribao menyiarkan rencana oleh Ketua Pengarah Jabatan Statistik Negara China, Wang Bao'an, yang bertajuk "Ekonomi China Tetap Penjana Utama Pertumbuhan Ekonomi Dunia".

Menurut artikel beliau, walaupun menghadapi tekanan yang besar, ekonomi China tetap mengekalkan pertumbuhan yang stabil dan pesat, dan menjadi penjana utama kepada pertumbuhan ekonomi dunia serta memberikan sumbangan besar terhadap pemulihan ekonomi global.

Pertama, sumbangan ekonomi China kepada pertumbuhan ekonomi global paling besar. Kadar peningkatan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) China mencatat 8.7 peratus secara purata dalam tempoh tahun 2009 hingga 2014, jauh lebih tinggi daripada taraf purata dunia, iaitu 2 peratus.

Kedua, jumlah import China meningkat secara berterusan. China bukan sahaja mempunyai industri pembuatan terbesar di dunia, malah mempunyai golongan pengguna yang teramai. Pada tahun 2014, jumlah import China dari negara Asia, Afrika dan Amerika Latin mencatat lebih 20 peratus daripada jumlah eksport kawasan-kawasan tersebut.

Ketiga, bilangan pelancong China ke luar negara dan jumlah penggunaan di luar negara meningkat pesat.

Keempat, pelaburan langsung asing (FDI) China di negara-negara luar menunjukkan peningkatan yang pesat.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China