Cari:
Tokoh-tokoh Antarabangsa Sanjung Tinggi Pencapaian Lawatan Xi Jinping ke AS
2015-10-02 14:57:26 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping menamatkan lawatan rasmi ke Amerika Syarikat (AS) baru-baru ini.

Tokoh-tokoh antarabangsa menyanjung tinggi lawatan beliau dan berpendapat bahawa lawatan tersebut membuka laluan baharu kepada prospek hubungan kedua-dua negara dan membawa pengaruh besar kepada masyarakat antarabangsa.

Mantan Datuk Bandar New York, Michael Bloomberg, mengeluarkan kenyataan, mengucapkan tahniah kepada China dan AS kerana mencapai kemajuan dalam kerjasama ekonomi, terutamanya menggalakkan penubuhan mekanisme penjelasan mata wang RMB di AS. Kerjasama tersebut amat bermanfaat bagi meningkatkan hubungan dua hala AS-China, menggalakkan perdagangan dua hala, meningkatkan daya saing syarikat AS dan menggalakkan industri kewangan negara itu.

Mantan Menteri Luar Australia, Bob Carr pula berkata, walaupun masih wujud perselisihan antara China dengan AS, namun kedua-dua negara telah menunjukkan tekad untuk menjalinkan kerjasama dan mengawal perselisihan.

Presiden Kelab Kumpulan 48 Britain, Stephen Perry memberitahu wartawan, pencapaian lawatan Xi Jinping ke AS membuktikan kedua-dua negara sedang berusaha untuk mengembangkan hubungan dua hala dengan lebih aktif.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China