Cari:
Yemen Putus Hubungan Diplomatik dengan Iran
2015-10-03 14:54:18 CRI Cetak

Kerajaan Yemen mengeluarkan kenyataan melalui TV Aden bahawa pihaknya memutuskan hubungan diplomatik dengan Iran bermula 2 Oktober lalu.

Menurut jurucakap kerajaan Yemen, Rajeh Badi, Kedutaan Besar Yemen ke Tehran akan ditutup dalam jangka masa terdekat dan kesemua diplomat akan berundur dari Iran.

Militan Huthi menduduki Sana'a pada bulan September tahun lalu dan mengurung Presiden Yemen, Abd-Rabbo Mansour Hadi dan anggota Kabinet. Kemudian Hadi melarikan diri ke Aden, bandar kedua terbesar di negara itu pada bulan Januari lalu dan mengumumkan Aden sebagai ibu kota sementara. Hadi dan kabinetnya terpaksa pergi ke Arab Saudi ekoran serangan Militan Huthi terhadap Aden.

Kerajaan Yemen dan Arab Saudi masing-masing mencela Iran memberikan sokongan kepada militan Huthi, namun kerajaan Iran menolak celaan itu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China