Cari:
RMB, Mata Wang Pembayaran Keempat Terbesar
2015-10-07 15:53:41 CRI Cetak

Menurut data terkini Persatuan Telekomunikasi Kewangan Antara Bank Seluruh Dunia (SWIFT), pada bulan Ogos lalu, renminbi (RMB) China telah mengatasi yen Jepun sebagai mata wang pembayaran keempat terbesar di dunia, dengan diikuti dolar Amerika, euro dan paun.

Menurut statistik persatuan tersebut, pada Ogos lalu, jumlah penggunaan dolar Amerika, euro dan paun masing-masing menduduki 44.8 peratus, 27.2 peratus dan 8.5 peratus dalam pasaran global. Manakala, penggunaan RMB meningkat kepada 2.79 peratus dan mencipta rekod baharu.

Setakat Ogos lalu, terdapat lebih seratus buah negara menggunakan RMB untuk pelbagai bayaran. Antaranya, 90 peratus bayaran tertumpu di 10 buah negara seperti Singapura dengan 24.4 peratus, diikuti Britain dengan 21.6 peratus.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China