Cari:
Obama Mohon Maaf Serang Hospital di Afghanistan
2015-10-08 15:21:46 CRI Cetak

Presiden Amerika Syarikat (AS), Barack Obama semalam mengutus surat kepada Doctors Without Borders (MSF), agensi perubatan antarabangsa, untuk memohon maaf kerana pasukan tentera AS telah melancarkan serangan udara terhadap sebuah hospital di Kunduz, Afghanistan baru-baru ini.

Menurut jurucakap Rumah Putih, Josh Earnest, Obama telah menghubungi anggota perubatan MSF melalui telefon dan menyatakan bahawa Jabatan Pertahanan sedang menyiasat insiden tersebut dan akan memberikan penilaian yang telus, objektif dan menyeluruh berdasarkan situasi sebenar insiden tersebut.

Pusat trauma MSF di Kunduz telah dibom beberapa kali pada 3 Oktober lalu, menyebabkan 12 pekerja dan 10 pesakit termasuk tiga kanak-kanak terkorban.

Sidang Pleno Parlimen Eropah semalam turut menggesa pihak yang bertanggungjawab atas insiden tersebut dikenakan tindakan bagi mengelakkan hal seumpama itu berulang lagi.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China