Cari:
Temasya Sukan Tentera Dunia ke-6 Berakhir di Korea Selatan
2015-10-13 11:17:27 CRI Cetak

Temasya Sukan Tentera Dunia ke-6 berakhir di Mengyeong, Korea Selatan kelmarin.

Dalam temasya sukan kali ini, sebanyak 798 pingat ditawarkan dengan 246 daripadanya ialah pingat emas.

China menduduki tempat ketiga dengan meraih 32 pingat emas. Rusia menduduki tempat pertama dengan memperoleh 59 pingat emas, manakala Brazil menduduki tempat kedua dan tuan rumah, Korea Selatan, menduduki tempat keempat.

Menurut maklumat, seramai lebih 8 ribu anggota tentera daripada 105 pasukan bersaing dalam 24 acara yang dipertandingkan. Selain itu, 15 buah negara turut menghantar wakil untuk menyaksikan temasya sukan kali ini.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China