Cari:
Ekonomi China Kekal Mapan dalam tempoh FYP-12
2015-10-28 13:45:37 CRI Cetak

Ekonomi China bertumbuh dengan mapan dalam tempoh pelaksanaan Rancangan Lima Tahun ke-12 (FYP-12) iaitu pada tahun 2011 hingga 2015. Kadar pertumbuhan purata tahunan dijangka mencatat 7.8%, lebih tinggi daripada purata dunia iaitu 2.5%. China sebagai entiti ekonomi kedua terbesar, dengan output yang melebihi USD 10 trilion (kira-kira RM 42.4 trilion), menyumbang lebih satu perempat pertumbuhan ekonomi global.

Dalam tempoh yang sama, China telah menjadi negara pengeluar dan negara pedagang terbesar di dunia. Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) per kapita di China mencapai tahap negara berpendapatan sederhana dan tinggi. Kadar urbanisasi di negara ini melebihi 50%, pelaburan dalam sektor penyelidikan dan pembangunan (R&D) menduduki tempat kedua manakala landasan kereta api laju China merupakan yang paling panjang di dunia.

Di sebalik prestasi yang cemerlang tersebut, kadar pertumbuhan ekonomi China yang menjadi perlahan turut menjadi tumpuan ramai. Pakar berpendapat bahawa mengutamakan keseimbangan dan pertumbuhan yang berterusan telah menjadi norma baharu ekonomi China. Menurut jurucakap Jabatan Statistik Negara (NBS), Sheng Laiyun, "Struktur perindustrian semakin dioptimumkan, manakala penyusunan semula struktur terus dilaksanakan berikutan perkembangan pesat industri perkhidmatan. Industri peringkat ketiga mewakili 51.4% KNDK pada tahun ini, yang meningkat 2.3% berbanding tempoh yang sama tahun lalu."

Daripada mengeksport pakaian ke negara maju pada masa lalu kepada menembusi pasaran kereta api laju dan tenaga nuklear di luar negara, penaiktarafan dan transformasi ekonomi China telah mula membuahkan hasil.

Melalui pelaksanaan strategi buka pintu yang lebih proaktif, China bukan sahaja memberikan sumbangan besar terhadap ekonomi dunia, tetapi juga meneroka ruang kerjasama antarabangsa yang baharu. Jurucakap Kementerian Perdagangan China, Shen Danyang berkata, "Pada bulan Januari hingga September tahun ini, terdapat sejumlah besar syarikat asing mencapai kontrak pelaburan baharu di China. Antaranya, jumlah pelaburan asing oleh AS mencatat USD 5.83 bilion (kira-kira RM24.7 bilion), iaitu meningkat 50% berbanding tempoh yang sama tahun lalu. Dalam pada itu, pelaburan asing daripada syarikat-syarikat Jerman dan Korea Selatan turut meningkat. Hal ini turut membuktikan hasil kaji selidik Persidangan Bangsa-bangsa Bersatu mengenai Perdagangan dan Pembangunan (UNCTAD), iaitu China terus menduduki tangga teratas dalam 10 negara di dunia yang paling banyak menarik pelaburan."

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China