Cari:
Isu Laut China Selatan: Langkah Drastik, Jika AS Nekad Bertindak Provokatif
2015-10-30 14:51:46 CRI Cetak

Langkah-langkah drastik untuk memelihara kedaulatan wilayah dan menjamin keselamatan negara akan diambil Tentera Laut China, jika diperlukan.

Amaran itu dikeluarkan oleh Komander Tentera Laut China, Laksamana Wu Shengli ketika berbincang tentang situasi di Laut China Selatan dengan Ketua Operasi Tentera Laut (CNO) Amerika Syarikat (AS), Laksamana John Richardson melalui panggilan video malam tadi.

Wu menegaskan, kebebasan pelayaran tidak boleh disalahgunakan oleh mana-mana pihak. AS tidak patut mencemari hak-hak dan kepentingan negara lain atas nama "menjaga kebebasan pelayar". Jika AS nekad bertindak sedemikian dan mengabaikan keprihatinan China, Beijing akan mengambil sebarang tindakan untuk memelihara kedaulatan wilayah dan keselamatan sendiri.

Richardson mendakwa, pendirian Rumah Putih dalam isu Laut China Selatan adalah konsisten, jelas dan bersifat tidak pilih kasih. Namun, pelayaran kapal perang negara itu ke wilayah perairan Laut China Selatan adalah komponen penting dalam operasi belayar secara bebas di dunia, yang tidak disasarkan kepada mana-mana negara, antaranya China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China