Cari:
Pertemuan Pemimpin Tanah Besar, Taiwan Amat Bermakna
2015-11-04 14:28:37 CRI Cetak

Pemimpin dari Tanah Besar dan Taiwan, Xi Jinping dan Ma Ying-jeou dijadualkan mengadakan pertemuan di Singapura pada 7 November ini, bagi bertukar-tukar pendapat tentang pembangunan hubungan rentas selat secara damai. Ketua Pengarah Jabatan Urusan Taiwan Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), Zhang Zhijun hari ini menyatakan bahawa pertemuan itu bakal menjadi titik permulaan kepada dialog secara langsung antara pemimpin kedua-dua pihak, sekali gus membantu meningkatkan kesalingpercayaan dan menggalakkan pembangunan hubungan rentas selat secara damai.

Zhang yang juga Ketua Pengarah Jabatan Hal Ehwal Taiwan Dewan Negara berkata, pihaknya tetap bersikap positif dan terbuka terhadap pertemuan antara pemimpin kedua-dua pantai Selat Taiwan. Dalam tempoh 7 tahun yang lalu, usaha kedua-dua pihak untuk menggalakkan pembangunan hubungan rentas selat telah membuahkan hasil yang menggalakkan berdasarkan persepakatan politik untuk menentang "kemerdekaan Taiwan".  

Menurut beliau, hubungan antara Tanah Besar dan Taiwan telah mengalami pelbagai cabaran dan kesulitan sejak tahun 1949. Ini termasuk konfrontasi ketenteraan, ketegangan hubungan politik dan terputusnya hubungan sehingga akhir tahun 1980-an. Pada awal abad ke-21 ini, hubungan ini sekali lagi menghadapi krisisi akibat tindakan provokasi kumpulan pemisah yang mengejar "kemerdekaan Taiwan". Oleh yang demikian, bukanlah mudah bagi pemimpin kedua-dua pihak mengadakan pertemuan. Pertemuan di Singapura nanti hasil usaha sama saudara setanah air dari kedua-dua pihak.

Dalam pertemuan di Singapura, Xi dan Ma akan bertukar-tukar pendapat tentang pembangunan hubungan rentas selat secara damai, pertukaran dan kerjasama dalam pelbagai bidang serta usaha bersama untuk meningkatkan kesejahteraan rakyat kedua-dua pihak.

Pertemuan Xi-Ma, langkah signifikan yang selaras dengan hasrat rakyat dan hala tuju semasa, bakal membuka laluan kepada pertukaran dan komunikasi secara langsung antara kedua-dua pihak.

Pertemuan berkenaan akan meneroka ruang baharu untuk pembangunan hubungan rentas selat, terutamanya dalam meningkatkan lagi interaksi dan kesalingpercayaan, membantu menangani perselisihan dan mengukuhkan lagi asas politik demi pembangunan hubungan tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China