Cari:
Li Keqiang Ditemui Delegasi Sektor Ekonomi Jepun
2015-11-05 14:34:06 CRI Cetak

Perdana Menteri China, Li Keqiang semalam telah bertemu dengan delegasi sektor ekonomi Jepun yang diketuai Presiden Persatuan Ekonomi Jepun-China, Muneoka Shoji, Pengerusi Persekutuan Perniagaan Jepun, Sakakibara Sadayuki, dan Pengerusi Dewan Perniagaan dan Industri Jepun, Akio Mimura. Lebih 200 orang pegawai dan wakil dari syarikat Jepun turut hadir dalam pertemuan tersebut.

Menurut Li Keqiang, sektor ekonomi Jepun telah memberikan sumbangan yang penting kepada interaksi dan kerjasama China-Jepun. Li menyatakan harapan agar mereka terus menyokong perkembangan hubungan dan kerjasama kedua-dua negara pada masa depan.

Sementara itu, Li Keqiang telah menjawab pertanyaan pihak Jepun tentang pembangunan ekonomi China, pembaharuan struktur ekonomi, integrasi ekonomi serantau serta persekitaran perniagaan di China.

Li Keqiang berkata, China dan Jepun merupakan entiti ekonomi utama di dunia. Pembangunan kedua-dua negara merupakan peluang yang baik sesama sendiri. Sehubungan dengan itu, China bersedia untuk meningkatkan kerjasama antarabangsa dengan pelbagai negara termasuk Jepun agar kemajuan teknologi daripada negara maju dapat digabungkan dengan produktiviti China bagi memenuhi keperluan pembinaan infrastruktur negara membangun.

Petugas delegasi tersebut pula menyatakan bahawa Jepun-China merupakan negara jiran dan rakan ekonomi yang penting. Sektor ekonomi Jepun berharap agar kedua-dua negara dapat mengekalkan hubungan yang baik dan stabil. Selain itu, mereka berharap agar kedua-dua pihak terus mengadakan rundingan mengenai pembinaan zon perdagangan bebas Jepun, China dan Korea Selatan serta perjanjian rakan kerjasama ekonomi komprehensif serantau. Mereka juga bersedia untuk memberikan sumbangan demi perkembangan hubungan strategik Jepun-China yang saling menguntungkan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China