Cari:
APEC Bukan Wadah Sesuai Bincang Isu Sensitif
2015-11-11 18:04:15 Agensi Berita Xinhua China Cetak

Sebagai forum kerjasama ekonomi yang paling penting di rantau Asia Pasifik, APEC bukan wadah yang sesuai untuk membincangkan isu-isu sensitif.

Demikian dinyatakan oleh jurucakap Kementerian Luar China, Hong Lei dalam sidang media hari ini, sebagai membalas kenyataan jurucakap Jabatan Negara AS yang menyatakan bahawa isu Laut China Selatan mungkin akan dibincangkan dalam Mesyuarat Tidak Rasmi Pemimpin Kerjasama Ekonomi Asia Pasifik (APEC) ke-23.

Menurut Hong, sudah menjadi konsensus semua anggota APEC untuk tidak membangkitkan isu-isu sensitif termasuk isu keselamatan dan politik dalam mesyuarat APEC.

Filipina selaku tuan rumah mesyuarat APEC kali ini juga akur dengan konsensus tersebut.

Pihak-pihak terlihat diharap dapat bersama-sama mewujudkan suasana yang kondusif bagi menjayakan mesyuarat tersebut.

 

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China