Cari:
Pengganas Mungkin Punca Nahas Pesawat Rusia
2015-11-11 15:09:54 CRI Cetak

Serangan pengganas mungkin punca berlakunya nahas pesawat penumpang milik syarikat Metrojet, Rusia di Semenanjung Sinai, Mesir.

Perdana Menteri Rusia, Dmitry Medvedev berkata demikian dalam sesi wawancara dengan media Rusia semalam.

Menurut beliau, siasatan berhubung dengan nahas udara itu sedang dijalankan pada ketika ini.

Setiausaha Penerangan Presiden Rusia, Dmitri Peskov pula mengesahkan bahawa kerajaan Britain telah menyerahkan "maklumat tertentu" berhubung dengan nahas berkenaan kepada Rusia.

Sehubungan dengan itu, Ketua Eksekutif Pegawai (CEO) syarikat AirBus, Fabrice Bregier berkata, setakat ini tiada tanda yang menunjukkan bahawa pesawat berkenaan mengalami kerosakan teknikal sebelum terhempas.

Tambah beliau lagi, berdasarkan hasil siasatan pada masa ini, adalah tidak perlu untuk mengambil sebarang tindakan terhadap pesawat penumpang AirBus A-321 yang terlibat dalam nahas tersebut.

Sebuah pesawat penumpang Rusia terhempas di Semenanjung Sinai ketika dalam perjalanan dari pusat peranginan Sharm el-Sheikh ke St. Petersburg pada 31 Oktober lalu, menyebabkan kesemua 224 penumpang dan anak kapal yang berada dalam pesawat berkenaan terbunuh.

Kumpulan militan Negara Islam (IS) di Mesir mengaku bertanggungjawab atas insiden tersebut.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China