Cari:
China, Myanmar Komited Perkasa Kerjasama
2015-11-12 14:22:26 CRI Cetak

Menteri Luar China, Wang Yi mengadakan pertemuan dengan rakan sejawatnya dari Myanmar, U Wunna Maung Lwin yang berada di Jinghong, provinsi Yunnan bagi menghadiri Mesyuarat Menteri-Menteri Luar Kerjasama Sungai Lancang-Mekong yang pertama.

Wang berkata, pihaknya gembira apabila pilihan raya umum (PRU) Myanmar diadakan dengan lancar.

China mahu melihat Myanmar dibangunkan menjadi negara yang stabil, harmoni, bersatu padu dan maju ekonominya, dengan semua parti politik sepenuh hati bergabung tenaga demi pembangunan negara. China akan terus menghulurkan bantuan dan sokongan kepada Myanmar.

U Wunna Maung Lwin pula berkata, walau apa-apa pun perubahan yang berlaku dalam situasi politik dalam negeri, Myanmar akan terus mengukuhkan kerjasama dan persahabatan dengan China.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China