Cari:
Hollande Gesa UNSC Segera Luluskan Resolusi Antikeganasan
2015-11-17 12:53:53 CRI Cetak

Presiden Perancis, François Hollande menyatakan bahawa kumpulan militan Negara Islam (IS) telah melancarkan serangan keganasan di beberapa negara pada tahun ini dan ini mengancam seluruh dunia.

Perancis berharap agar mesyuarat Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) diadakan secepat mungkin bagi meluluskan resolusi mengenai pembanterasan keganasan.

Hollande berkata, siri serangan keganasan yang berlaku di Paris pada malam 13 November lalu telah mengakibatkan sekurang-kurangnya 129 orang maut. Tindakan pengganas itu boleh dilihat sebagai melancarkan peperangan.

Beliau menyeru pelbagai negara Kesatuan Eropah agar mengeratkan kerjasama antikeganasan, berkongsi maklumat perisikan tentang penyeludupan senjata, kawalan sempadan dan pemburuan pengganas.

Hollande juga mengumumkan bahawa Sidang Perubahan Iklim PBB akan diadakan di Paris mengikut jadual.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China