Cari:
China Gesa AS Hentikan Tindakan Rumitkan Situasi
2015-11-18 17:11:31 CRI Cetak

Tindakan China membina beberapa pulau di kepulauan Nansha adalah tindakan dalam lingkungan kedaulatan China, negara-negara lain tidak wajar mengeluarkan sebarang kenyataan yang tidak bertanggungjawab. Amerika Syarikat (AS) perlu menghentikan cubaannya untuk membesar-besarkan ketegangan di Laut China Selatan.

Demikian dinyatakan jurucakap Kementerian Luar China, Hong Lei, ketika mengulas ucapan Presiden AS, Barack Obama tentang isu Laut China Selatan.

Selepas bertemu dengan Presiden Filipina, Obama memberitahu China perlu menghentikan aktiviti pembinaan di Laut China Selatan, dan mengulangi komitmen AS untuk memelihara keselamatan Filipina.

Hong Lei dalam sidang media hari ini menyatakan bahawa perjanjian kerjasama ketenteraan tradisional AS tidak boleh menyasarkan pihak ketiga dan tidak boleh menjejaskan kedaulatan dan kepentingan keselamatan negara lain.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China