Cari:
Taklimat Media mengenai Kehadiran Presiden China pada Persidangan Iklim Paris
2015-11-26 14:58:00 CRI Cetak

Kehadiran Presiden China, Xi Jinping pada majlis perasmian Persidangan Pelbagai Pihak ke-21 Konvensyen Rangka Kerja Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu tentang Perubahan Iklim (UNFCCC) di Paris, Isnin depan, mencerminkan keprihatinan Beijing terhadap masalah perubahan iklim dan menyatakan sokongan padu kepada Perancis untuk memastikan kejayaan persidangan tersebut.

Demikian dinyatakan Naib Menteri Luar China, Liu Zhenmin ketika menyampaikan taklimat kepada pihak media mengenai lawatan Xi ke Perancis, di Beijing semalam.

Beliau memaklumkan, Presiden Xi akan menyampaikan ucaptama pada majlis perasmian persidangan berkenaan bagi menyatakan pandangan dan saranan China terhadap tadbir urus iklim global.

Liu juga berharap agar Persidangan Perubahan Iklim Paris dapat membuahkan hasil yang memuaskan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China