Cari:
Penaiktarafan CAFTA Untungkan Semua
2015-11-27 11:41:43 CRI Cetak

Rundingan mengenai penaiktarafan Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN (CAFTA) berakhir dengan jayanya di Malaysia pada 22 November lalu. CAFTA antara kawasan perdagangan bebas berskop terbesar antara China dengan negara-negara lain. Penaiktarafan CAFTA bukan sahaja perkara penting bagi kerajaan kedua-dua pihak, tetapi juga benar-benar memberikan manfaat kepada rakyat serantau.

E-dagang rentas sempadan, haluan perkembangan perdagangan dua hala. Kini, udang harimau dari Vietnam, Yellowfin Filefish dari Indonesia, mangga dari Thailaind, kopi putih dari Malaysia, telah menjadi pilihan ramai pengguna China ketika membeli-belah dalam internet.

Kini, liberalisasi perdagangan kargo di CAFTA telah mencapai tahap yang amat tinggi, dengan hampir 95% produk telah dibebaskan tarif. Sejak tahun 1991, jumlah dagangan China-ASEAN meningkat 75 kali ganda. China telah menjadi rakan dagang terbesar bagi ASEAN, manakala ASEAN rakan dagang ketiga terbesar bagi China.

China dan ASEAN telah menetapkan sasaran jumlah perdagangan dua hala mencatat USD 1 trilion pada tahun 2020. Untuk mencapai sasaran tersebut, kedua-dua pihak berusaha menaiktarafkan CAFTA dengan pembangunan e-dagang sebagai tumpuannya.

Dalam pada itu, jurang perbezaan pembangunan antara negara-negara ASEAN amat besar. Perdana Menteri China, Li Keqiang ketika menghadiri Sidang Kemuncak Asia Timur di Malaysia kali ini menyatakan bahawa China akan giat mengambil bahagian dalam Pelan Induk Kesalinghubungan ASEAN, terus menggalakkan pembinaan kereta api pan-Asia, menggiatkan pembinaan kereta api China-Thailand dan China-Laos pada tahun ini, serta komited mewujudkan Perjanjian Pemudahan Pengangkutan China-ASEAN.

Kerjasama dalam sektor pembinaan infrastruktur akan menjadi wadah penting demi ekonomi dan perdagangan China-ASEAN kelak. Kerjasama ini akan membolehkan penduduk di kawasan mundur menikmati pengangkutan yang lebih mudah dan pantas.

Perdagangan perkhidmatan, yang melibatkan pelbagai aspek kehidupan rakyat, turut menjadi tumpuan dalam usaha menaiktarafkan CAFTA. Antara yang menjadi perhatian termasuk hotel transnasional, perkhidmatan agensi pelancongan dan penggunaan kad China UnionPay di luar negara.

Dalam pada itu, kerjasama kapasiti pengeluaran China-ASEAN bukan sahaja dapat menggalakkan penaiktarafan perindustrian domestik China, tetapi juga dapat mencipta lebih banyak peluang pekerjaan di rantau ASEAN. Menurut Kementerian Perdagangan China, jumlah pelaburan antara China dengan ASEAN telah meningkat daripada USD 3.37 bilion pada tahun 2003 kepada USD 12.2 bilion pada tahun 2014, iaitu meningkat hampir empat kali ganda.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China