Cari:
Sidang Meja Bulat Hubungan China-Afrika di Johannesburg
2015-12-02 16:04:56 CRI Cetak

Menjelang Sidang Kemuncak Forum Kerjasama China-Afrika, Sidang Meja Bulat Hubungan China-Afrika diadakan di Johannesburg semalam. Naib Menteri Luar China, Zhang Ming, Timbalan Menteri Luar Afrika Selatan, Nomaindiya Mfeketo, lebih 100 pakar, sarjana, perwakilan sektor perniagaan dan media dari China dan negara-negara Afrika menghadiri sidang tersebut.

Zhang Ming ketika menyampaikan ucaptama menyatakan bahawa hubungan China-Afrika sedang berada pada tahap yang paling baik dalam sejarah. Seiring dengan penubuhan mekanisme Forum Kerjasama China-Afrika, kepercayaan politik China-Afrika semakin meningkat, manakala kerjasama pragmatik dalam pelbagai bidang semakin membuahkan hasil.

Nomaindiya Mfeketo pula menyatakan bahawa berlatarbelakangkan pertumbuhan ekonomi global yang perlahan, Afrika sedang mencari peluang baharu untuk memasuki pasaran China dan berharap agar sidang kemuncak kali ini dapat meningkatkan hubungan kedua-dua pihak ke tahap yang lebih tinggi.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China