Cari:
Sidang Kemuncak FOCAC di Johannesburg Berhasil
2015-12-08 14:57:22 CRI Cetak

Sidang Kemuncak Forum Kerjasama China-Afrika (FOCAC) di Johannesburg yang berakhir Sabtu lalu, amat berhasil, sekali gus membuka era baharu untuk kerjasama menang-menang dan pembangunan bersama kedua-dua pihak.

Demikian dinyatakan oleh jurucakap Kementerian Luar China, Hua Chunying dalam sidang media di Beijing semalam.

Menurut Hua, sidang kemuncak tersebut menentukan hala tuju kerjasama China-Afrika pada masa depan. Kedua-dua pihak bersetuju untuk menjalinkan perkongsian strategik komprehensif, selain mengenal pasti lima tunjang untuk hubungan bilateral, termasuk kesalingpercayaan politik dan situasi menang-menang dalam kerjasama ekonomi.

China dan Afrika akan melaksanakan empat projek kerjasama utama yang melibatkan 10 bidang, iaitu pengindustrian, modenisasi pertanian, infrastruktur, perkhidmatan kewangan, pembangunan hijau, pemudahan perdagangan dan pelaburan, pengurangan kemiskinan dan kebajikan awam, kesihatan awam, pertukaran sosiobudaya, serta keamanan dan keselamatan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China