Cari:
China Seru Penyelesaian Krisis Ukraine secara Politik
2015-12-12 16:44:20 CRI Cetak

Masyarakat antarabangsa perlu memperkasakan usaha diplomatik bagi mendorong penyelesaian krisis Ukraine menerusi saluran politik. Demikian dinyatakan oleh Naib Wakil China ke PBB, Wang Min ketika berucap dalam mesyuarat terbuka PBB tentang isu Ukraine semalam.

Wang berkata, pemimpin dari empat negara, iaitu Rusia, Perancis, Jerman dan Ukraine telah mencapai kata sepakat yang penting bagi penyelesaian krisis Ukraine secara politik pada bulan Februari yang lalu. Sehubungan dengan itu, Majlis Keselamatan PBB juga meluluskan Resolusi No.2202 yang menyatakan sokongan tegas terhadap usaha diplomatik pemimpin keempat-empat negara itu dalam penyelesaian krisis Ukraine.

Kata beliau, penyelesaian masalah Ukraine perlu dijalankan berdasarkan kepentingan penduduk pelbagai kaum di seluruh negara itu, dan keprihatinan pelbagai pihak.

Tambah Wang, China tetap menentang sekatan sepihak dan ancaman sekatan yang dikenakan dengan sewenang-wenangnya dalam hubungan antarabangsa. Hal ini tidak membantu menyelesaikan masalah ke akar umbinya.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China