Cari:
Syria Bersetuju Siasatan Senjata Kimia
2015-12-12 16:44:56 CRI Cetak

Syria dan PBB menandatangani perjanjian di New York semalam yang menyokong siasatan terhadap senjata kimia di Syria.

Naib Jurucakap Setiausaha Agung PBB, Farhan Haq berkata, menurut perjanjian itu, kerajaan Syria bersetuju memberikan sokongan kepada kumpulan penyiasat bersama semasa menjalankan usaha siasatan di negara itu, bagi mengesan individu dan mana-mana pihak yang terlibat dalam serangan senjata kimia di Syria.

Tambah beliau, terdapat 13.5 juta rakyat Syria yang memerlukan bantuan dan perlindungan asas pada masa ini. 80% keluarga di negara itu hidup dalam keadaan yang miskin dan berjuta-juta penduduk awam menghadapi masalah kekurangan makanan dan minuman.

Pada hari yang sama, Setiausaha Agung PBB, Ban Kin-moon menyeru agar pelbagai pihak terus berusaha bagi memulihkan rundingan politik yang boleh dipercayai berhubung krisis Syria pada bulan Januari tahun depan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China