Cari:
John Kerry akan Melawat Rusia
2015-12-12 16:45:32 CRI Cetak

Setiausaha Negara AS, John Kerry akan mengadakan lawatan ke Rusia bermula 15 Disember ini. Beliau dijadulakan mengadakan pertemuan dengan Presiden Rusia, Vlladimir Putin dan Menteri Luar, Sergei Lavrov bagi membincangkan isu Syria dan Ukraine.

Jurucakap Jabatan Negara AS, Mark Toner yang sedang mengiringi John Kerry menghadiri Persidangan Perubahan Iklim di Paris berkata, isu peralihan politik Syria, usaha membanteras militan kumpulan "Negara Islam"(IS) dan krisis Ukraine akan menjadi perbincangan utama kedua-dua pihak dalam tempoh lawatan itu.

Pada hari yang sama, Menteri Luar Rusia, Sergei Lavrov menyarankan supaya pelbagai negara bersama-sama membincangkan operasi membanteras militan kumpulan IS.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China