Cari:
China dan AS Mahu Berkomunikasi dan Bekerjasama dalam Isu Antarabangsa Penting
2015-12-14 16:59:39 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping berhubung dengan rakan sejawatnya dari AS, Barack Obama menerusi telefon atas undangan hari ini.

Presiden Xi menyatakan bahawa atas usaha bersama masyarakat antarabangsa, Persidangan Perubahan Iklim Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu(PBB) berjaya meluluskan Perjanjian Perubahan Iklim Paris. China dan AS serta pelbagai pihak yang terlibat mengekalkan perhubungan yang rapat dan memberikan sumbangan yang positif kepada kejayaan itu. Persidangan di Paris itu merupakan titik tolak baharu kerjasama antarabangsa untuk menangani perubahan iklim. China bersedia mengekalkan kerjasama dan penyelarasan dengan pelbagai pihak termasuk AS untuk memastikan perjanjian itu dilaksanakan dengan berkesan. China juga bersedia meneruskan komunikasi dan kerjasama dengan AS dalam isu antarabangsa yang penting.

Obama pula menyatakan bahawa Perjanjian Perubahan Iklim Paris dicapai berikutan AS dan China serta pelbagai pihak terbabit meningkatkan penyelarasan dan kerjasama. Komunikasi dan kerjasama AS dan China dalam isu perubahan iklim membuktikan kedua-dua negara sama sekali dapat menjalankan kerjasama yang bersifat membina dalam urusan antarabangsa.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China