Cari:
Pakatan Ketenteraan Antikeganasan Negara Islam Ditubuhkan
2015-12-15 14:56:13 CRI Cetak

Kerajaan Arab Saudi mengeluarkan kenyataan melalui Agensi Berita Negara hari ini bahawa pakatan ketenteraan antikeganasan yang disarankan Arab Saudi dengan melibatkan 34 buah negara Islam telah ditubuhkan.

Menurut kenyataan itu, pakatan tersebut bertujuan untuk memastikan negara-negara Islam dapat dilindungi daripada serangan pertubuhan dan kumpulan pengganas. Pusat tindakan bersama pakatan ketenteraan itu ditempatkan di Riyad untuk menyelaraskan dan menyokong operasi ketenteraan.

Antara 33 buah negara Islam yang menyertai pakatan ketenteraan itu termasuklah Mesir, Turki, Pakistan, Qatar, Emiriyah Arab Bersatu (UAE) dan Malaysia. Manakala, Iran tidak menyertai pakatan tersebut.

Timbalan Putera Mahkota Arab Saudi yang juga Menteri Pertahanan, Mohammed Salman dalam sidang media menyatakan bahawa pakatan itu ditubuhkan untuk menyelaraskan operasi antikeganasan di Iraq, Syria, Libya, Mesir dan Afghanistan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China