Cari:
China Bantah AS Jual Senjata kepada Taiwan
2015-12-17 11:52:52 CRI Cetak

Naib Menteri Luar China, Zheng Zeguang memanggil Charge d'Affaires Kedutaan AS di China, Kaye Lee untuk menyatakan bantahan sekeras-kerasnya terhadap tindakan Amerika Syarikat (AS) menjual senjata kepada Taiwan.

Zheng Zeguang menyatakan bahawa Taiwan merupakan sebahagian wilayah China yang tidak boleh dipisahkan. Tindakan AS itu telah melanggar undang-undang antarabangsa dan order asas hubungan antarabangsa, melanggar prinsip tiga Kenyataan Bersama China-AS dan menjejaskan kedaulatan dan kepentingan keselamatan China. Demi memelihara kepentinggan negara, China memutuskan untuk mengambil langkah yang sepatutnya termasuk mengadakan sekatan terhadap syarikat AS yang menjual senjata kepada Taiwan.

Zheng Zeguang menegaskan bahawa China menggesa AS mematuhi perjanjiannya dalam tiga kenyataan tersebut, membatalkan rancangan menjual senjata kepada Taiwan dan menghentikan hubungan ketenteraan dengan Taiwan demi mengelakkan terjejasnya kerjasama China-AS dalam bidang-bidang yang lain.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China