Cari:
MOD China Bantah AS Jual Senjata kepada Taiwan
2015-12-18 13:20:27 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Kementerian Pertahanan Negara (MOD) China menyatakan bantahan sekeras-kerasnya terhadap tindakan Amerika Syarikat (AS) menjual senjata yang bernilai kira-kira USD 1.83 bilion (kira-kira RM 7.9 bilion) kepada Taiwan.

Demikian dinyatakan oleh jurucakap MOD, Yang Yujun semalam.

Yang Yujun menegaskan bahawa pendirian tentera China dalam isu memelihara dan mempertahankan hak kedaulatan dan keutuhan wilayah negara adalah teguh dan jelas. Kekhilafan tindakan AS itu akan menjejaskan hubungan ketenteraan antara China dengan AS. MOD dengan tegas mendesak AS membatalkan projek penjualan senjata kepada Taiwan, menghentikan hubungan ketenteraan dengan Taiwan bagi mengekalkan hubungan ketenteraan China-AS serta mengelakkan keamanan dan kestabilan di perairan Taiwan terus terjejas.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China