Cari:
Lebih 20 Buah Hasil Tercapai dalam WIC
2015-12-19 14:50:13 CRI Cetak

Hasil yang dicapai dalam Persidangan Internet Dunia (WIC) Ke-2 yang meliputi lebih 20 buah inisiatif, laporan dan pengumuman telah diumumkan dalam sidang media semalam.

Naib Pengarah Pejabat Maklumat Internet Negara China, Ren Xianliang dalam sidang media itu menyatakan bahawa empat perinsip demi menggalakkan pembaharuan sistem tadbir urus internet sejagat dan lima cadangan untuk membina komuniti berkongsi masa depan dalam ruang siber yang dikemukakan Presiden China, Xi Jinping dalam majlis perasmian telah menjadi platform dan dasar bagi para peserta mencapai persepakatan dan mengemukakan cadangan dalam persidangan kali ini. Sempena berlangsungnya persidangan itu, syarikat dan institusi internet yang berkait dengan sektor rangkaian internet telah menandatangani banyak perjanjian kerjasama dan mencapai lebih 20 buah hasil termasuk Inisiatif Wuzhen, Laporan Pembangunan Kewangan Internet, Cadangan Bersama Internet+Bantuan kepada Golongan Miskin, pengumuman kerjasama tentang pembinaan Laluan Sutera Digital, Inisiatif Perkembangan Internet Tanah Besar dengan Taiwan, Hong Kong dan Makau.

Ren Xianliang menyatakan, Inisiatif Wuzhen tersebut menggambarkan hasrat dan tanggungjawab pelbagai pihak dalam menggalakkan pembinaan dan pembangunan ruang siber, inovasi sistem tadbir urus, inovasi pengurusan dan inovasi teknologi, serentak itu memperkukuh keyakinan dan keazaman masyarakat antarabangsa untuk meningkatkan kesalinghubungan, perkongsian dan tadbir urus bersama ruang siber.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China