Cari:
Rundingan Damai Yaman Pusingan Baharu Terhenti
2015-12-21 17:29:06 CRI Cetak

Rundingan damai pusingan baharu yang diadakan di Switzerland oleh pelbagai pihak yang terlibat dalam konflik Yaman terhenti ekoran pihak-pihak tersebut gagal mencapai persepakatan gencatan senjata yang efektif dalam tempoh rundingan damai.

Rundingan damai pusingan itu akan diadakan semula pada pertengahan Januari tahun depan.

Demikian dinyatakan Duta Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) ke Yaman, Ismail Ould Cheikh Ahmed dalam sidang media di Burney semalam.

Menurut beliau, rundingan damai berdasarkan saluran politik merupakan laluan tunggal untuk mencapai keamanan yang berkekalan di Yaman.

Pelbagai pihak yang terlibat dalam konflik Yaman perlu menghentikan perselisihan dalam tempoh rundingan damai yang merupakan faktor utama dalam memastikan kejayaan rundingan.

Oleh itu, dalam tempoh beberapa minggu yang akan datang, beliau akan terus melaksanakan tugas membina semula keyakinan pihak-pihak terbabit sebagai syarat untuk mengadakan rundingan damai semula.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China