Cari:
Gencatan Senjata di Ukraine Sempena Tahun Baharu
2015-12-23 11:10:03 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Kumpulan pengantara berhubung dengan isu Ukraine yang terdiri daripada Pertubuhan Keselamatan dan Kerjasama Eropah (OSCE), Rusia dan Ukraine mengadakan rundingan pusingan akhir bagi tahun ini di Minsk semalam.

Ketiga-tiga pihak mencapai konsensus untuk melaksanakan gencatan senjata secara menyeluruh bermula 23 Disember ini.

Pada hari yang sama, Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat (AS) turut mengumumkan sekatan terhadap 34 individu dan syarikat bagi memberikan tekanan kepada Rusia dalam isu Ukraine.

Kumpulan pengantara tersebut akan mengadakan rundingan pusingan seterusnya pada 13 Januari 2016.

Rundingan bagi dua pusingan yang lain masing-masing dijadualkan pada 20 dan 27 Januari depan.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China