Cari:
China ke Arah Negara Ekonomi dan Perdagangan Kuat
2015-12-28 14:49:22 CRI Cetak

China telah menjadi negara ekonomi dan perdagangan yang besar dan kini ke arah negara ekonomi yang perdagangan yang kuat.

Menteri Perdagangan China, Gao Hucheng menyatakan demikian dalam Mesyuarat Perdagangan Kebangsaan semalam.

Beliau berkata, dalam tempoh Rancangan Lima Tahun ke-12, purata tahunan produk eksport China meningkat 6.5 peratus. Peratusan China dalam eksport dunia meningkat kepada 13.2 peratus pada 2015 daripada 10.4 peratus pada tahun 2010, jauh lebih pesat daripada entiti ekonomi utama lain di dunia.

Perdagangan perkhidmatan tahunan meningkat 13.6 peratus dan menduduki tempat kedua di dunia.

Tambah beliau lagi, pelaburan dua hala China juga seimbang.

China berjaya menarik pelaburan langsung asing berjumlah USD 135 bilion pada tahun 2015.

Gao Hucheng berkata, China akan berusaha memelihara momentum peningkatan perdagangan luar pada tahun 2016, memperluas keterbukaan pasaran, membaiki iklim pelaburan dan perkhidmatan awam dan mengembangkan hubungan perdagangan multilateral.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China