Cari:
China: Inisiatif B&R Bukan Alat Geopolitik
2015-12-29 18:09:32 CRI Cetak

Inisiatif "Jalur & Laluan" (B&R) merupakan inisiatif kerjasama serantau yang terbuka dan inklusif, dan bukannya alat geopolitik.

China berpegang teguh kepada prinsip berunding, membina dan berkongsi bersama-sama serta menggalakkan kerjasama pragmatik dengan negara-negara di sepanjang laluan B&R demi kepentingan bersama.

Demikian dikatakan jurucakap Kementerian Luar China, Lu Kang dalam sidang akhbar di Beijing hari ini.

New York Times baru-baru ini menyiarkan ulasan yang mendakwa bahawa inisiatif China itu telah menimbulkan ketegangan geopolitik.

Sesetengah negara bimbang akan menjadi terlalu bergantung pada China.

Li Kang berkata, terdapat 60 negara dan pertubuhan antarabangsa telah memberikan respons positif terhadap inisiatif B&R.

Banyak negara menandatangani perjanjian kerjasama atas prinsip kesamarataan dan saling menguntungkan.

Hal ini menunjukkan inisiatif tersebut sesuai dengan keperluan pembangunan negara-negara berkaitan dan selaras dengan kepentingan bersama pelbagai pihak.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China