Cari:
Keputusan Siasatan Kapal Karam "Bintang Timur"
2015-12-31 14:15:44 CRI Cetak

China mengumumkan keputusan siasatan kemalangan kapal "Bintang Timur" yang karam pada Jun lalu.

Pasukan penyiasat Dewan Negara China mengesahkan bahawa kemalangan kapal itu merupakan insiden buruk berikutan ribut dan hujan lebat yang luar biasa dan jarang-jarang berlaku.

Menurut pasukan penyiasat lagi, walaupun daya ketahanan tenggelam kapal tersebut selaras dengan spesifikasi yang ditetapkan, namun masih tidak berkemampuan untuk menghadapi cuaca yang ekstrem.

Kapten kapal juga kurang pengalaman dalam menghadapi cuaca buruk dan tidak mengambil tindakan yang sewajarnya ketika keadaan cemas.

Kira-kira 442 orang terkorban apabila kapal "Bintang Timur" milik Syarikat Perkapalan Dongfang Chongqing karam di Sungai Yangtze ketika dalam perjalanan dari Nanjing ke Chongqing pada pukul 9.32 malam 1 Jun lalu.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China