Cari:
Xi dan Putin Saling Ucapkan Selamat Tahun Baharu
2015-12-31 14:16:15 CRI Cetak

Presiden China, Xi Jinping dan Presiden Rusia, Vladimir Putin saling mengutus ucapan sempena tahun baharu.

Xi yang mewakili kerajaan dan rakyat China mengucapkan selamat tahun baharu kepada Presiden Putin dan rakyat Rusia.

Beliau berharap agar kedua-dua negara terus bergabung tenaga dan mengeratkan persahabatan dari satu generasi ke satu generasi, memperkukuh rasa saling mempercayai politik, meningkatkan sokongan antara satu sama lain dan mengintensifkan kerjasama saling menguntungkan demi manfaat rakyat kedua-dua negara.

Putin dalam suratnya pula berkata, pertemuan peringkat tinggi antara kedua-dua negara telah mendinamikkan hubungan rakan kerjasama strategik komprehensif Rusia-China pada tahun 2015.

Diharap kedua-dua negara terus mengekalkan interaksi dan kerjasama dan menggalakkan perkembangan hubungan dua hala secara menyeluruh.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China