Cari:
China Membina Kapal Induk Kedua
2015-12-31 17:56:56 CRI Cetak

Jurucakap Kementerian Pertahanan China, Yang Yujun hari ini mengesahkan bahawa China sedang dalam proses mereka bentuk dan membina kapal induk pesawat udara yang kedua.

Menurut beliau, China sentiasa berpegang teguh pada jalan pembangunan yang damai dan mengamalkan dasar luar yang bebas dan aman serta dasar pertahanan defensif.

China memiliki garis pantai yang panjang dan kawasan perairan yang meluas. Tindakan memelihara keselamatan maritim adalah antara tugas utama pasukan tentera China.

Berdasarkan pertimbangan dari pelbagai aspek, China memulakan pembinaan kapal induk pesawat udara yang kedua.

Tambah beliau lagi, kapal induk ini sedang dibina di bandar Dalian. Reka bentuk dan pembinaan kapal induk kedua itu adalah berdasarkan pengalaman berguna yang diperoleh daripada penyelidikan kapal induk pertama, iaitu Kapal Liaoning.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China