Cari:
FTA Ukraine-EU Mula Berkuatkuasa
2016-01-01 15:11:07 CRI Cetak

Perjanjian Kawasan Perdagangan Bebas (FTA) Ukraine-Kesatuan Eropah (EU) mula berkuatkuasa hari ini.

Menurut kenyataan Suruhanjaya EU di Brussel semalam, perjanjian FTA Ukraine-EU yang merupakan sebahagian perjanjian negara pengantara antara Ukraine dengan EU, mula berkuatkuasa pada 1 Januari 2016.

Difahamkan, perjanjian negara pengantara Ukraine dan EU ditandatangani pada Jun 2014, manakala fasal yang melibatkan hal ehwal politik telah berkuatkuasa pada November 2014.

Menurut kenyataan tersebut, penguatkuasaan FTA tersebut merupakan peristiwa penting dalam hubungan Ukraine-EU dan akan memberikan manfaat kepada kedua-dua pihak.

Perjanjian tersebut menyediakan kemudahan kepada Ukraine untuk memasuki pasaran ekonomi terbesar di dunia, di samping membuka pasaran Ukraine kepada syarikat EU.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China