Cari:
China Tetap Penggerak Utama Ekonomi Dunia
2016-01-04 15:20:19 CRI Cetak
China tetap penggerak utama pertumbuhan ekonomi dunia.

Demikian menurut Laporan Analisis Ekonomi Dunia 2016 yang dikeluarkan oleh Institut Penyelidikan Ekonomi Dunia, Akademi Sains Sosial Shanghai baru-baru ini.

Menurut laporan tersebut, ekonomi dunia masih berada pada fasa pemulihan yang perlahan pada tahun 2016.

Laporan itu menjangkakan kadar pertumbuhan ekonomi dunia pada tahun 2015 hingga 2017 masing-masing mencatat 3 peratus, 3.24 peratus dan 3.43 peratus, lebih rendah daripada unjuran tahun lalu.

Menurut laporan tersebut, China sedang giat melaksanakan transformasi ekonomi untuk menggalakkan ekonominya yang dulu bergantung pada pelaburan dan eksport beralih kepada model pertumbuhan baharu yang berorientasikan permintaan pasaran, industri perkhidmatan dan pembaharuan bekalan.

Transformasi tersebut bukan sahaja penting demi pembangunan mampan ekonomi China, malah menjadi daya penggerak utama pertumbuhan ekonomi dunia.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China