Cari:
Filem China Dapat Sambutan Baik di Seluruh Dunia
2016-01-04 15:30:35 CRI Cetak

Karya filem dan drama televisyen China kini mendapat sambutan yang baik di seluruh dunia, khususnya di negara-negara yang terlibat dalam inisiatif "Jalur dan Laluan" (B&R), sekali gus menyediakan peluang kepada rakyat pelbagai negara untuk memahami budaya negara ini.

Demikian dinyatakan oleh Ketua Pengarah Pusat Perniagaan Program Radio, Filem dan Televisyen China, Ma Runsheng baru-baru ini.

Sejak projek penterjemahan karya kontemporari China dilaksanakan pada tahun 2013, sejumlah besar karya filem dan drama TV terbaik China telah diterjemahkan dalam pelbagai bahasa dan diperkenalkan kepada rakyat seluruh dunia.

Ketua Bahagian Kerjasama Antarabangsa Jabatan Pentadbiran Am Penerangan, Penerbitan dan Radio, Filem dan TV China berkata, melalui platform kerjasama penterjemahan filem antarabangsa, lebih banyak filem China dapat diperkenalkan kepada dunia.

Penayangan filem China di luar negara turut membantu rakyat negara asing mengenali masyarakat dan warga China secara lebih menyeluruh.

  

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China