Cari:
Turki Tahan 33 Suspek IS
2016-01-11 13:10:42 CRI Cetak

Media Turki melaporkan semalam, polis Turki melancarkan operasi antikeganasan di pelbagai tempat dan menahan 33 orang disyaki anggota kumpulan militan Negara Islam(IS).

Menurut laporan berkenaan, polis melancarkan operasi antikeganasan di lima kawasan bandar Istanbul semalam dan menangkap 10 suspek IS kerana dipercayai mempunyai kaitan langsung dengan pengganas atau pernah memasuki kawasan yang diduduki IS.

Pada hari yang sama, polis telah menangkap 23 suspek IS dalam satu operasi di wilayah Adana, bahagian tenggara Turki, antaranya termasuk 15 orang warga Mesir, seorang warga Rusia dan tujuh orang warga Turki.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China