Cari:
UNSC Kutuk Serangan Keganasan di Iraq
2016-01-13 14:28:33 CRI Cetak

Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNSC) mengeluarkan kenyataan media semalam yang mengutuk sekeras-kerasnya serangan keganasan yang dilancarkan kumpulan militan Negara Islam(IS) di Baghdad, Iraq. Di samping itu, UNSC juga menyatakan alu-aluan terhadap kerajaan Iraq bekerjasama dengan pelbagai pihak untuk memerangi IS demi memulihkan kestabilan negara.

Menurut kenyataan itu, UNSC mengutuk siri serangan keganasan IS yang menyasarkan rakyat Iraq dan berniat untuk menjejaskan kestabilan negara itu dan rantau. Anggota UNSC menyampaikan rasa simpati kepada keluarga mangsa, kerajaan dan rakyat Iraq serta berharap agar mangsa yang cedera akan sembuh secepat mungkin.

UNSC dalam kenyataan itu menegaskan sekali lagi bahawa segala bentuk keganasan tidak kira berdasarkan apa-apa motif dan dilancarkan oleh mana-mana pihak tanpa mengira tempat atau masa dianggap sebagai satu perbuatan jenayah, dan tidak boleh dikaitkan dengan sebarang agama, warganegara, tamadun atau kaum.

Menurut maklumat jabatan keselamatan Iraq, siri serangan keganasan yang berlaku di Baghdad dan Diyala malam kelmarin mengakibatkan sekurang-kurangnya 30 orang maut dan 71 lagi cedera.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China