Cari:
Rusia Dakwa Hasil Siasatan Belanda mengenai Nahas MH17 Tidak Tepat
2016-01-15 14:22:26 CRI Cetak

Laman web Rosaviatsia Rusia semalam menyiarkan sepucuk surat yang mendakwa laporan siasatan Belanda mengenai nahas pesawat Malaysia Airlines (MAS) MH17 yang diumumkan itu tidak mempunyai bukti yang lengkap.

Surat itu ditulis oleh Timbalan Ketua Rosaviatsia Rusia, Oleg Storchevoy kepada Pengerusi DSB, Tjibbe Joustra. Dalam surat itu, pakar Rusia membuktikan melalui ujian bahawa bentuk serpihan yang ditemukan di lokasi nahas itu tidak sama dengan yang ditunjukkan oleh Belanda bagi membuktikan letupan peluru berpandu itu, sekali gus menolak hasil siasatan DSB itu.

Pada bulan Oktober tahun lalu, Lembaga Keselamatan Belanda (DSB) telah mengeluarkan laporan yang menyatakan bahawa ketika pesawat MH17 terbang di ruang udara timur Ukraine, peluru berpandu telah meletup di sebelah kiri kokpit pesawat yang mengakibatkan nahas itu berlaku.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China