Cari:
China Anggotai EBRD
2016-01-16 14:18:16 CRI Cetak

Bank Rakyat China mengumumkan semalam bahawa China menjadi anggota Bank Eropah untuk Pembinaan Semula dan Pembangunan (EBRD) secara rasmi selepas prosedur undang-undang mengenai China menganggotai EBRD diselesaikan.

Keanggotaan China dalam EBRD akan menggalakkan penggabungan inisiatif pembangunan "Jalur dan Laluan" (B&R) dengan rancangan pelaburan Eropah, memperhebatkan kerjasaman antara pihak kerajaan dan perusahaan swasta serta menyediakan pelbagai peluang bagi pelaburan dan kerjasama antara China dengan EBRD di kawasan tengah dan timur Eropah, kawasan timur dan selatan Laut Mediterranean, kawasan Asia Tengah dan Afrika Utara.

EBRD yang beribu pejabat di London ditubuhkan pada tahun 1991 dan merupakan salah satu institusi kewangan pembangunan yang paling penting di Eropah.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China