Cari:
Dimensi Baharu Kerjasama China, Jerman
2016-01-22 13:38:42 Agensi Berita Xinhua China Cetak
Perdana Menteri China, Li Keqiang dan rakan sejawatnya dari Jerman, Angela Merkel berbincang tentang hubungan dua hala melalui telefon pada 21 Januari lalu.

Li memberikan penilaian positif terhadap hubungan China-Jerman pada tahun 2015.

China bersedia untuk mengekalkan pertukaran pada peringkat tinggi dengan Jerman.

Penyelarasan yang berkesan antara dasar "Buatan China Tahun 2025 dengan "Industri 4.0 Jerman" telah mendorong kerjasama pragmatik dua hala dalam pelbagai bidang.

Rundingan kerajaan China dan Jerman pusingan ke-4 yang bakal diadakan pada tahun ini diharap dapat memberikan dimensi baharu kepada hubungan dan kerjasama dua hala kedua-dua negara.

Jerman turut diharap dapat terus memainkan peranan positif bagi menggalakkan Kesatuan Eropah (EU) menunaikan komitmen dalam Perjanjian Keanggotaan China dalam Pertubuhan Ekonomi Sedunia (WTO), menyelesaikan secara baik perselisihan perdagangan antara China dengan EU serta mendorong rundingan perjanjian pelaburan China-EU.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China