Cari:
AS, Turki Tingkatkan Kerjasama Banteras IS
2016-01-24 15:41:04 CRI Cetak

AS dan Turki berjanji akan memperkasakan kerjasama supaya mencari cara penyelesaian politik untuk menghapuskan ancaman kumpulan ekstrimis Negara Islam (IS) terhadap Syria.

Demikian dinyatakan oleh Timbalam Presiden Amerika Syarikat (AS), Joseph Biden yang sedang mengadakan lawatan ke Istanbul semalam.

Dalam sidang media yang diadakan bersama-sama dengan Perdana Menteri Turki, Ahmet Davitoglu, Biden berkata pihaknya tahu bahawa cara penyelesaian politik merupakan pilihan yang paling bijak untuk menghapuskan ancaman IS terhadap rantau tersebut, namun pihaknya tidak menolak kemungkinan operasi ketenteraan untuk membasmi kumpulan itu.

Tambah Biden, AS dan Turki bersetuju akan memperkasakan kerjasama dalam pengumpulan maklumat perisikan, dan menyokong kumpulan bersenjata rakyat tempatan memerangi IS.

Davutoglu menegaskan, kerajaan Syria, IS dan kumpulan bersenjata Kurdish Syria "Tentera Pertahanan Rakyat" (YPG) merupakan ancaman utama yang dihadapi oleh Turki. Negaranya menentang orang Kurdish Syria mengambil bahagian dalam rundingan damai pada masa depan. YPG mempunyai kaitan dengan Parti Buruh Kurdish (PKK) yang telah disenaraikan oleh Turki sebagai kumpulan keganasan kerana sentiasa menyokong kegiatan keganasan di Turki.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China