Cari:
Novak Djokovic Rangkul Juara Terbuka Australia Kali Keenam
2016-02-01 11:56:51 CRI Cetak

Dalam perlawanan akhir acara perseorangan lelaki Terbuka Australia 2016 yang diadakan semalam, jaguh no.1 dunia, Novak Djokovic berjaya merangkul trofi juara Terbuka Australia kali keenam dan ke-11 gelaran Grand Slam selepas menundukkan pemain utama Britain, Andy Murray menerusi kemena­ngan straight set pada aksi akhir di Melbourne Park.

Bintang tenis Serbia itu tidak berdepan dengan masalah untuk menang 6-1, 7-5, 7-6 (7/3) dalam tempoh dua jam, 53 minit ke atas Murray yang ditimpa kekalahan kelima pada perlawanan tersebut.

Manakala, dalam pertandingan yang diadakan pada 30 Januari lalu, Angelique Kerber mencipta kejutan ke atas pemain no.1 dunia, Serena Williams 6-4, 3-6, 6-4 untuk menjulang trofi kejuaraan Terbuka Australia dan menjadi wanita Jerman pertama menjuarai acara grand slam sejak idolanya sewaktu kecil, Steffi Graf melakukannya pada 1999.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China