Cari:
Panduan Michelin Versi Bahasa Perancis 2016
2016-02-02 16:54:29 CRI Cetak

Panduan Michelin versi bahasa Perancis 2016 yang dikenali sebagai "kitab makanan" diterbitkan semalam.

Walaupun panduan tersebut menyemak semula senarai restoran tiga bintang pilihan Michelin di Perancis, namun jumlah restoran tiga bintang tersebut masih mencatat 26 buah di seluruh Perancis, antaranya 10 buah restoran tersebut terletak di Paris.

Selain itu, terdapat 10 buah restoran dua bintang dan 42 buah restoran satu bintang telah ditambah dalam buku panduan tersebut.

Oleh itu, Perancis memiliki sebanyak 600 buah restoran yang menjadi pilihan Michelin。

Buku Panduan Michelin diterbitkan oleh agensi akreditasi yang berwibawa dalam industri makanan dan minuman Perancis, dengan tujuan untuk membantu orang ramai memilih restoran dan hotel semasa dalam perjalanan, kemudian secara beransur-ansur menjadi panduan utama dalam industri makanan dan minuman di seluruh dunia.

Panduan Michelin menggunakan bintang bagi menilai restoran-restoran tersebut yang dibahagikan kepada tiga peringkat, iaitu satu bintang bermaksud "berbaloi untuk dikunjungi", dua bintang bermaksud "berbaloi untuk dikunjungi, walaupun lokasi restoran jauh", tiga bintang bermaksud "berbaloi untuk kunjungan istimewa".

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China