Cari:
Hollande Arah Serangan Udara terhadap IS Diperhebat
2016-02-02 11:21:11 CRI Cetak

Presiden Perancis, Francois Hollande mengarahkan supaya serangan udara terhadap kumpulan militan Negara Islam (IS) di Syria dan Iraq terus diperhebat bagi menumpaskan kekuatan IS.

Arahan itu dikeluarkan oleh Hollande dalam mesyuarat Majlis Pertahanan (FDC) yang diadakan semalam bagi membincangkan operasi ketenteraan Perancis di seberang laut, khususnya dalam usaha mempertingkat serangan terhadap IS di Syria dan Iraq.

Menurut pengumuman yang dikeluarkan oleh Pejabat Presiden Perancis, FDC menyokong kumpulan pembangkang Syria menyertai proses rundingan damai yang sedang berlangsung di Geneva.

Hollande sekali lagi menegaskan bahawa proses peralihan politik merupakan satu-satunya cara penyelesaian bagi mewujudkan keamanan yang berkekalan dan menghapuskan ancaman keganasan di Syria.

Lihat juga
   Webradio
Siaran Bahasa Melayu:
Jadual Siaran

• Burung Sambut Ketibaan Musim Bunga

• Pemandangan Lautan Awan Seindah Lukisan
Lagi>>
© China Radio International.CRI. All Rights Reserved.
16A Shijingshan Road, Beijing, China